Friday, October 31, 2008

Kepada mu Kekasih




KepadaMu Kekasih


Aku berserah


Kerana ku tahu Kau lebih mengerti


Apa yang terlukis di cermin wajahku ini


Apa yang tersirat di hati


Bersama amali



KepadaMu Kekasih


Aku bertanya


Apakah Kau akan menerimaku kembali


Atau harus menghitung lagi


Segala jasa dan bakti


Atau harus mencampakku ke sisi


Tanpa harga diri



Hanya padaMu Kekasih


Aku tinggalkan


Jawapan yang belum ku temukan


Yang bakal aku nantikan


Bila malam menjemputku lena beradu



KepadaMu Kekasih


Aku serahkan


Jiwa dan raga


Jua segalanya


Apakah Kau akan menerima penyerahan ini


Apakah Kau akan menerimaku


Dalam keadaan begini

Tuesday, October 28, 2008

Saujana Hari Raye!

Saujana Hari Raye Open House 2008
(from left - Helmi, Aku, Nizam,Sham)
Aiks... Nizam nape ko mkn skit jer... diet ker... ekekekeke.. ko tengok Helmi makan syok.. sampai tak sempat nak posing...

Monday, October 27, 2008

No Idea

No idea..

Sambal Belacan


Dinner tadi I makan sambal belacan & ikan goreng...
Sedap.... Jiran I bagi... makan dengan limau belacan...
Huh! sehingga menjilat jari...

Laksa Asam

Lambat I breakfast hari ni...
Breakfast 12.30... dah kira lunch...
I breakfast laksa.. Huh! memang sedap giler..
Tengok jer gambar laksa asam tu.. sampai meleleh air liur...

My sister yang buat... tapi tak boleh lawan my sister in-law punye...
rase special lain sikit... dari kedah..
terlanjur ni.. I nak kongsi resepi laksa asam nie...
senang jer buat... cuma yang susah nak bagi orang comment kite punye sedap.

Gambar sebelah ni.. salah satu bahannya... kalu takde..
bukan laksa la namanya... ni adalah bunga kantan
250g Laksa (1 bungkus) - direbus dan toskan
3 ekor ikan kembung
2 kuntum bunga kantan
2 biji timun 2 biji bawang besar
2 keping asam keping
Daun kesum Cili api Garam secukupnya


Caranya amik ikan kembung rebuskan tapis air nak dijadikan kuah. Isi ikan plak buang tulang dan kisarkan. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam ikut korang lah. Pastu dah siap.


Laksa U beli lah yang kecik sebab sedap kalu makan. Pastu tambah lah skit nenas, daun salad, bawang merah & cili padi. Kalu nak sedap lagi perah limau belacan... Huh... !Lapar balik perut I.. Nak makan lah.. Assalamualaikum... Selamat mencuba!

Ivanka Trumph








Mewarisi kekayaan dari ayah & kecantikan dari ibu...

Ivanka Marie Trump lahir pada 30 October 1981 di New York, USA. Dia adalah anak perempuan kepada Donald Trump and Ivana Trump. Graduated dr Wharton School of Business at University of Pennsylvania degree in economics.

Sunday, October 26, 2008

Resepi Ibu


80% my project done. Alhamdulillah. See my 3D E-book Resepi Ibu. I buat 3D nie semalam sampai 3am. Cantik tak? Off course! Inside the book lagi best... (tunggu kemunculannya...!)


I amik & edit resepi dari ibu. Masa ni lah nak mintak semua resepi. Maklumlah Ibu I sape yang tak kenal. Tiap-tiap tahun Idulfitri & Iduladha mesti ade org order lontong, kueh goyang(kueh rose) & lempeyek. Sampai ke Gombak, Selayang & Ampang. Kajang pun ader!


Pagi Isnin sampai Jumaat, Ibu I jual nasi lemak & kueh-mueh. Yang seronoknye... 1jam jer letak kat kedai habis cepat. Kadang2 Ibu I terpakse masak bihun lain nak jual pd reguler cutomer. I pun bawak gak ke office Saujana. My sister2 & friend kat office dh wat trademark sendiri sambal nasi lemak paling sedap dari ibu I. (Seri, Kak Sue, Kak Suzi, Kak An byk lagi lah...


Kuah kacang lontong Ibu I pun popular kat Kajang & Gombak! So... memang sedap & enak ape pun mak I buat. Teringat lagi satu gado-gado pun same gak... kalu kenduri kat umah I gado-gado menjadi satu menu wajib. Mesti dorg nak menu tu!


Dasyat betul lah... Ibu I... My sister pun nak amik port.. same popular gak kueh tart nenas, almond london & popia kecik..pun tiap-tiap tahun orang order... semua tepung die buat sendiri.. tak macam kat orang lain beli tepi yang dah siap gaul.. mane nak sedap...


ekekek... lastly.. tunggu lah kemunculan Resepi Ibu!

Thursday, October 23, 2008

Billionair Zhang Keqiang

Billionair Zhang Keqiang


Zhang antara billionaire termuda didunia. Dia adalah founder facebook. Kekayaan diusahakan sendiri total RM1.5 billion. Student dari Hardvard tapi drop out! Sekarang pengguna facebook 66 million active. Secara kasar jualan melebihi US150million. Power giler. Teringat kat Bill gates pun drop out dari Harvard.

Yang best kat facebook nie kite bley update gambar kat email pakai handphone jer.

Just Do It


Nak sukses kene gagal dulu....


Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi, walhal, terdapat lebih ramai orang yang gagal berbanding dengan orang yang berjaya!


Namun begitu, tahukah korang, 98% daripada self-made millionaires hari ini pernah gagal? Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan.


Aku selalu bagitau kat member2, sebutkan bahawa, punca utama seseorang tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT KEPADA KEGAGALAN.


Fahami betul-betul ayat aku kat atas. “Takut kepada kegagalan” adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya “Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan”
Apabila korang takut kepada kegagalan, korang akan menghalang diri korang mengambil langkah pertama. Langkah utama dalam mencapai apa-apa kejayaan. Sekiranya korang berada dalam keadaan “Takut kepada kegagalan” ketahui bahawa itu adalah benteng utama korang.

Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut? Ikut kata-kata NIKE, just do it! Kalau nak DUIT, korang perlu DO-IT!

Terlalu banyak kisah-kisah kegagalan orang yang berjaya boleh dikongsikan. Antara kegemaran aku adalah kisah seorang pemain baseball di Amerika Syarikat pada tahun 70-an. Namanya adalah Babe Ruth.
Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali membuat home-run (larian dengan markah tertinggi di dalam baseball) ketika itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth yang membuat home-run.
Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain base-ball yang paling banyak sekali struck-out (terpaksa keluar oleh kerana pukulan tidak mengena bola!)- lebih daripada 1,300 kali!
Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyum sahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada Babe Ruth, mengapa beliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya “Setiap kali hayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin hampir hayunan saya akan mengena bola dan akan mendapat home-run untuk pasukan saya tidak lama lagi!”
Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencuba walaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan dalam mendapatkan home-run!
Fikiran beginilah yang perlu ada oleh semua dalam mencapai kejayaan. Kegagalan bukan bererti korang yang gagal secara peribadi, tetapi, ia bermaksud makin hampir korang akan mencapai kejayaan.

Fikirkan kisah-kisah ini pula:
-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!
-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!
-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!
-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”!
-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!
-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!
Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak.
Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!
-Donal Trump pun pernah gagal muflis plak tu... sekarang... Billionair lah....!

My Tutorial - Sentuhan Adobe Photoshop


Nie first tutorial aku pasal adobe photoshop...
Aku expect sebulan (my future) nk jadi professional designer...
so skarang aku abiskan masa malam aku study pasal adobe...
yang kelakarnye... laptop abg aku jadi mangsa...
aku pinjam dh seminggu tak pulang2...
ekeke...
p/s Dil.. aku target end of next month aku dpt hadiah dpd diri aku sendiri.. laptop baru.. pastu aku pulangkan lah laptop aku... ekekekek jgn mare....

Wednesday, October 22, 2008

radinsulaiman.wordpress.com


Welcome back!

I baru jer create my personal blog kat wordpress.com..
Now tgh update & design my blog...
see lah... Just clik on the picture...K!

Friday, October 17, 2008

Segambut gelap


Aku search kawasan umah aku... kat Wikimapia...
tengok dari satelit nampak kabus gelap jer...
agak2 habis deepavali baru ok...
asal deepavali jer ujan...
asal ujan jer deepavali...

SCB Futsal Team

Pic team futsal SCB club

Teringat 2tahun lepas...

mase nie kitorg dpt tempat ke3...

yg kelakarnye... time suar aku koyak time semi final lak tuh...

maklumlah sponsor tak berape besar... tapi kitorg hapy enjoy gile...

pada team Zaihiri,Joe,Wan,Aidee & Monica (manager)aku ucapkan tahniah...

Wednesday, October 15, 2008

Andaiku Tahu - Ungu


Andaiku Tahu - Ungu


Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Lirik ini yg dilagukan oleh Band Ungu..
menyedarkan aku hanyalah hamba yg menumpang dibumi Allah..
aku adalah hamba mu... yg mengharapkan satu kebahagian yg kau redhai...